Tuesday, November 11, 2008

Menganalisis SWOT Analisis Ke Atas Khairy - Part 1 and 2


Setelah berlegar dalam ruang siber, saya menemui satu blog yang melakukan Analisis SWOT terhadap Khairy. Satu analisis yang menarik kerana ditulis oleh pendokong setiakawan.

Seingat saya SWOT dilakukan ke atas diri sendiri untuk berdepan dengan permasalahan dengan melihat kepada strength, weakness, oppportunity dan threat. Mungkin disebabkan oleh kekuatan semangat setiakawan, maka apa salahnya analisis SWOT Khairy dilakukan oleh para rakan setiakawan sendiri.

Blog tersebut perpendapat bahawa strength Khairy terletak kepada:
  1. Kekuatan inkumbensi selaku naib ketua pemuda. I say that kekuatan inkumbensi telahpun ranap sama sekali, apa yang timbul ialah suara kebencian dari akar umbi. Dengan jelas ini telahpun terjadi apabila bilangan pencalonan Khairy berada pada tahap yang paling rendah sekali.
  2. Calon termuda yang mempunyai kekuatan tenaga. I say that at younger age a person is normally driven by passion, not conscience. In addition, at younger age there is a strong appetite for destruction.

  3. Pandangan ramai bahawa beliau adalah menantu Pak Lah. I would like to ask was Khairy the main reason Pak Lah was generally despised?

  4. Berpengalaman dalam bidang ekonomi dan pelaburan. In this case I've got to agree, as an expert in economy and investment, he did make tonnes of money for himself.

  5. Tema setiakawan yang bersifat inklusif. Until today I'm still searching for the meaning and it still remains elusive, not inclusive. Setiakawan just came recently about 3 months ago, meaning for the past four years was he not friendly?

Seterusnya blog tersebut melihat kepada weakness si Khairy:

  1. KJ adalah mangsa propaganda dan serangan peribadi. Saya pula berkata serangan dan tohmahan bukan berlaku dalam sekelip mata. Ianya disokong oleh fakta dan rentetan peristiwa. Contohnya bagaimana seorang penganggur diberi pinjaman RM 8 juta, dan seterusnya bercita-cita untuk mengambil alih syarikat yang lebih besar. Team setiakawan juga sedang menyerang dan melemparkan tohmahan terhadap Mukhriz di sini dan sini, but it seemingly sounds like a lame effort.

  2. Lambat dalam usaha menjawab tohmahan. Saya nak tanya kenapa lambat jawab? Ianya boleh menimbulkan keraguan dan syak wasangka. Ataupun sememangnya Khairy berada dalam total denial. Sehingga kini, kerakusan KJ dan rakan-rakan di Kuala Kangsar masih tidak diberi penjelasan oleh team setiakawan.

  3. Dianggap sombong dan bongkak oleh pengkritik beliau. Saya tak kenal Khairy, so tak boleh komen sebarangan terhadap Khairy punya perwatakan.

  4. Keputusan Pak Lah yang tidak mahu bertanding menyebabkan penyokong ubah haluan. Setahu saya Khairy kuat tapi Pak Lah lemah, kenapa yang kuat nak bergantung kepada yang lemah.
Undated at 6.16am, 14 November 2008

Apa pula kata blogger setiakawan mengenai opportunity Khairy.
  1. KJ dilihat mempunyai prinsip ketelusan sehingga sanggup berdebat secara terbuka mengenai isu semasa bukan sahaja dengan calon-calon KP tetapi dengan ahli parti lain. Pendapat saya pula ialah KJ tak puas hati sebab slogan perubahan Mukhriz yang mulakan. Tiada cara lain KJ nak hebohkan bahawa dia lebih berhak membawa perubahan, peluang yang ada hanya di arena perdebatan. Setahu saya juga KJ pernah LIMA KALI lari dari berdebat apabila dicabar oleh Adlan Benan dan PAS.

  2. KJ juga dilihat begitu mudah didekati, dan wajahnya nampak manis dengan senyuman. Saya pula kata dengan kehangatan kempen menjelang pemilihan UMNO, semua calon-calon tidak perlu didekati kerana mereka akan mendekati. Bermurahan dengan senyuman pada masa sekarang adalah satu keperluan, dan berilah banyak mana senyum tak rugi apa-apa sebab ianya percuma. Tapi cuba lihat macam mana KJ senyum kat atas.

  3. Dengan keputusan Pak Lah untuk mengundur diri, mungkin inilah masanya KJ dilihat dan dinilai dari daya upaya kandidasinya sendiri. Saya berpendapat ini bukan satu peluang, tetapi boleh menjerumus kepada kegagalan. Bayangkan Khairy tak kahwin dengan Nori, bolehkah beliau memanjat tangga kuasa dengan kelajuan supersonik? Tak perlu bayangkan, Tuan Husin Lempoyang ada jawapan.

  4. KJ merupakan calon yang paling terbaik dari semua calon-calon lain yang sudah luput usia dan tiada stamina, kekuatan, kepandaian dan idea mendekati golongan muda ini. Forgive me if I missed the plot because I far as I'm concerned Mat Cemerlang was a laughing stock.

And finally the setiakawan blogger looked at the threat that is facing Khairy.

  1. Ancaman beliau masih lagi dari segmen serangan peribadi dan propaganda pembunuhan karakter yang telah di buat bertahun-tahun lamanya. My argument, was Khairy the one who has systematically caused a slow death in Khir's political career? KJ used his Media Prima as a toll to expose the weakness of Khir's administration in Selangor. So who to blame, Mukhriz, Khir or himself.

  2. Dari segi upaya pembiayaan, calon-calon lain mempunyai empayar perniagaan serta track record sebagai kepala syarikat dan ketua negeri. Ini memberikan mereka added advantage. I'm totally confused, perhaps the picture below may help us figure out who has the added advantage.

  3. Adanya pihak yang menganggap sokongan kepada calon lain sebagai fenomena sokongan akar umbi, tetapi hasil kajian blog ini dalam artikel sebelum ini menggambarkan sebaliknya. Saya berpendapat kajian yang dibuat bunyi macam masuk bakul angkat sendiri. I've got to admit that I'm not an UMNO member, but I do hang around with UMNO people who hold certain positions, either big or small. Most of them agreed that Khairy's factor is the major contributor to the downfall of UMNO. When Mukhriz blew the wind of change, grassroots started to see a new fresh beginning to bring back the honour and glory.
If fellow bloggers ever wonder will I analyse a SWOT analysis on Mukhriz, I will write anything to confront materials that are insulting the intelligent.

Links to related reading: